Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Tuesday, January 27, 2015

GADIS BERSAMA HARAPAN.


Same destination.


Waktu senja
Gadis bersendirian mencari tenang
Di tepi padang duduk
Sambil menghitung dedaun gugur
Cukup menghiburkan
Hingga malam menjenguk
Gadis masih di situ
Di teman bulan 
Malam semakin menampak malam
Gadis semakin dipeluk sunyi
Runsing gadis merenung bulan
Apa yang mencantikkan kau bulan ?
Kenapa duduk menjauh di situ ?
Gadis juga mahu seperti itu
Tinggi bulan tak bisa di capai tangan
Hari berganti hari
Gadis berkunjung lagi
Pohon yang gugur masih di situ

Gadis
Andai kau rasa sehina kuman
Mari aku langitkan kau sekampung pahlawan
Andai kau rasa semiskin fakir jalanan 
Mari aku langitkan kau seraya bangsawan
Andai kau rasa selohong tempayan
Mari aku langitkan kau sebuak perasaan.



Daripada Gadis Kacak kepada Gadis Kecil. Terima kasih. Manis tanpa diabetes. Love you.

No comments:

Post a Comment