Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Wednesday, January 14, 2015

SANGGUPKAH ?


credit : google



Bismillah.

Saat kita dilahirkan. 
Putih. 
Suci. 
Tiada dosa. 
Ayah dan ibu menyambut kelahiran dengan rasa gembira. 
Teruja. 
Dengan harapan kita menjadi khalifah. 
Dengan harapan kita dapat memberi manfaat pada ummah. 
Dengan harapan kita dapat membawa ayah dan ibu ke syurga. 


Tapi bila semakin dewasa. 
Bila dapat melihat dunia. 
Bila mengenal apa itu dunia. 
Kita semakin leka. 
Leka dengan kemewahan. 
Leka dengan hiburan. 
Leka dengan pergaulan.


Aurat dibiarkan tanpa rasa berdosa. 
Keluar berdua dengan ajnabi tanpa rasa malu. 
Melakukan maksiat tanpa sedikit pun rasa kesal. 
Inikah kita waktu kecil dulu. 
Inikah kita yang dikatakan suci. 
Inikah kita yang dikatakan boleh membawa ibu dan ayah ke syurga. 

Ayah bertegas melarang. 
Ibu berleter untuk menghalang. 
Tapi kita masih melakukan. 
Kita masih tidak mengendahkan. 
Apakah benar kita yang boleh membawa ayah dan ibu ke syurga? 
Atau kita sebenarnya punca mereka humban ke neraka ? 

Anak bisa menjadi musuh kepada ibu bapa. 
Ya. sekarang kita bukan musuh ayah dan ibu kita. 
Tapi di akhirat kelak.
Saat ayah dan ibu berjalan menuju ke syurga, 
Allah memanggil mereka dan bertanya "Ini anak kamu?" 
"Ya"
"Kenapa kamu tidak beri didikan agama pada dia!"


Dan saat itu ayah dan ibu ditarik semula daripada menuju ke syurga disebabkan kita. 
Ye. Disebabkan kita. 
Sanggup kah kita ? 
Melihat mereka terseksa sama seperti kita ? 
Sanggup kah kita menjadi musuh mereka di akhirat kelak ? 
Sedangkan pelaku dosa itu kita bukan mereka.
Jenis manusia apakah kita ini ?!


Astaghfirullah al'azim.
Astaghfirullah al'azim
Astaghfirullah al'azim


Ingatlah.
Kita juga bakal ibu, bakal bapa.
What goes around comes around.








Usia semakin lama makin meningkat. Mati itu tak dijemput. Mati itu tak lambat walaupun sesaat. Berbaktilah pada ibu bapa. Aku dan kau dan mereka, berilah kesenangan pada ibu dan ayah kita. Jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kita menarik ibu dan ayah kita untuk masuk ke neraka. Perbaikilah diri. Biarlah kita menjadi seorang anak yang boleh menarik ibu dan ayah kita untuk masuk syurga. Jadilah anak yang soleh/solehah kerana doa anak yg soleh/solehah dapat membantu ayah dan ibu kita apabila mereka tiada. 




Kesilapan yang lepas jadikan ibrah dalam hidup. Mana yang dah terlanjur, yang penagih dadah, yang kaki botol apa semua berubahlah. Perbaiki diri. Supaya kita tidak lah menjadi musuh kepada ibu bapa kita masa di akhirat nanti. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Allah akan ubah seseorang yang nak berubah. Yang tak nak berubah Allah tak kan ubah. 


Wallahualam. Aku juga pendosa.









No comments:

Post a Comment