Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Tuesday, January 13, 2015

RASA MACAM TAK ADIL. TAPI ..






5:00 p.m

Beg dicampak tepi. Topi dibaling ke lantai. Badan dihempaskan ke katil. "Such a worst day today!" rungut dalam hati. "Dunia nie tak adil!" 



6.00 p.m

Seseorang memasuki bilik. Melihat keadaan bilik bersepah dia dapat agak yang roomate dia ada masalah. 

"Faiz, bangun weh. Kau dah solat asar belum"

"Hm belum"

"Bangun lah weh dah pukul 6 dah nie"

"ye ye aku bangun"

Aku bangun dan menuju ke bilik air. Mukhlis pula mengambil beg dan topi yang berada di lantai. "Haihh asal ada masalah dia bersepah rumah. Nasib baik tak baling periuk, mangkuk sekali" rungut Mukhlis.




6.45 p.m

Duduk di meja belajar sambil merenung ke luar jendela. Entah. Hati aku kosong. Sedih. Marah. Kecewa. Sakit. Rasa seperti ada orang yang tengah hiris hati aku guna pisau. Pedih. 

"Aku nak turun bawah nie nak makan. Kau nak join? Kau mesti belum makan kan?"

"Hm. Aku tak lapar. Kau pergilah"

"Aku pergi makan sorang ? Hm. okay lah"

Mukhlis ambil kunci bilik dan keluar.

Aku masih layan perasaan sendiri. 

"Ahh persetankan perasaan nie"

Aku ambil kunci bilik dan keluar turun ke cafe.




"Weh kau ada orderkan untuk aku tak?"

"Eh kata tak nak makan? Em aku order nasi goreng pataya, tapi aku cakap kat makcik tuh bungkus lah"

Aku senyum. Mukhlis memang tahu favourite food aku. Aku bangun menuju ke kaunter untuk cakap kat mak cik tuh tak payah bungkus.

"Kata tak lapar hek eleyhh"

"Ah diam kau. Kesian tengok kau makan sorang sorang. Kau mana boleh makan tanpa aku kan" senyum

"Hehe tahu takpe. nie pun tadi aku rasa takde selera nak makan"

Itulah Mukhlis. Tak tahu lah pasal apa kalau makan je mesti nak ada orang teman. Senang cite mesti kene ada aku. Alasan dia bila makan dengan aku berselera sikit cehh. Alasan apa pun aku tak tahu. Tapi aku tak kisah. Aku suka bila selalu dengan dia. Yang penting kami tak gay. Ini namanya ukhwah cehh --



"Solat Maghrib dekat surau okay ? " Ajak Mukhlis.

"Okay je" 


Memang selalu pun kami solat di surau. Lagi lagi bila hati aku tengah bergelora gundah gunala nie. Aku rasa solat dekat surau or masjid nie beri kelainan sikit dekat hati nie. Entah. Tak tahu lah aku sorang je rasa or orang lain rasa benda yang sama. Manusia kan lain lain.





9.30 p.m

Selesai solat Isyak.

"Jom pergi rooftop" kata aku sambil tarik tangan Mukhlis.


Rooftop tempat lepak kami. eh tak lah lepak sangat tiap tiap malam tuh. just bila ada masalah kiteorag suka lepak situ. tengok langit. tengok bintang. kadang tuh buat usrah pun kat situ jugak haha. Mukhlis nie naqib dalam usrah. tapi tak nampak mcm naqib pun sbb dia nie giler giler haha



"Banyaknya bintang malam nie faiz. SubhanaAllah. Sungguh indah ciptaan Tuhan"

"Hm. Cantik"

"So apa masalahnya?"

"Mana tahu aku ada masalah?" saja aku tanya sebab aku tak tahu nak start dari mana kah!

"Kalau dah bilik bersepah macam tuh lagi mahu tanya mana aku tahu. cett"

"hehehe terima kasih kemaskan. sayang kau la gini"

"hm sama sama kasih" senyum


"Hm. aku putus tunang"

"Putus tunang ?! MashaAllah. Bila ? Bukan katanya kau nak kahwin ke 2 bulan lagi ?"

"Siang tadi ibu aku call. Lepas tu dia bagitahu. Alasannya aku tak layak untuk dia and dia pun rasa dia tak layak untuk aku. Entah. Aku tak faham. apa yg layak tak layak nya. aku rasa semua manusia sama je. semua org ada kelemahan masing masing. just kene perbaiki jelah. aku rase nonssense giler alasan yang dia bagi. kadang rasa macam tak adil dunia nie. ye ar orang yg dok berkepit dok couple tuh nampak bahagia je. nie kiteorang nie tak contact jage ikhtilat nak nikah dengan cara elok tuptup tak jadi. dugaan giler. kadang aku pikir asal bnda yg aku buat elok dpt balasan gini sedang org yg dok couple tuh hidup bahagia aman sentosa je weh. mende doh"

"Hm. Sabar faiz. Sabarlah. Aku faham apa kau rasa. Kecewa. Sedih. Marah. Sakit hati"

"Ahh macam lah kau pernah bercinta sebelum nie weh. hm"

"Apa kau ingat orang macam aku tak laku ke? kah! semua orang pernah rasai cinta faiz. cinta itu fitrah. aku pernah bercinta cuma aku tak pernah cerita dekat kau sebab benda dah lepas and aku malas nak ingat balik. aku nie siap nak nikah dah esoknya. tapi tak jadi nikah atas sbb tertentu. lagi sedih aku haha" 

"Esok kau nak nikah lepastu tak jadi ? sebab apa ?'

"Cerita aku tak menarik. Malas nak share haha. Bukan senang kadang tuh kita nak terima hakikat bila seseorang yang kita cinta bukan milik kita. Rasa kecewa rasa marah semua ada. tapi ingat jangan kita merajuk dengan kerja Tuhan. Maksud aku kita jangan terlalu layan perasaan kecewa, marah itu sampai kita lupa ibadah kita. Setiap masa nak bersedih sampai kita tak nak berdoa kepada Tuhan. Layan rasa kecewa sampai kita salah kan Tuhan. Sedangkan itu baru sikit ujian yang Allah beri. Dia nak uji kita sejauh mana cinta kita kepadaNya. Adakah cinta kita lebih kepada manusia atau lebih kepadaNya. Aku tahu rasanya kecewa tuh sebab aku pun pernah rasa tapi kena terima takdir. fikir positif. Jodoh kita di tangan Tuhan. Benda tuh memang tak boleh ubah dah. Percayalah pergi nya dia dalam hidup kau akan datang yang lebih baik dari dia" Senyum

"Tapi aku rasa dia dah cukup baik bagi aku"

"Itu apa yang kau rasa. Tapi mungkin Allah tak rasa itu yang terbaik untuk diri kau"

"Hm aku tahu tuh"

"Jom esok aku belanja kau makan dekat tepi tasik tuh untuk hilangkan rasa sedih kau"

"serius? Nak weh. Bukan selalu kau belanja nie"

"Amboi cakap pasal makan terus happy semacam haha"

"Haha makan free kot"

"Perancangan Allah tak pernah salah. Perancangan manusia kadang kala ada kesilapan dan bila ditegur oleh Allah maka ia bukan lah satu bebanan dalam hidup kita. yang penting redha"

Aku senyum. Ye aku tahu macam mana aku sedih dan kecewa sekalipun keputusan tak boleh diubah. orang tak nak kita tak kan nak paksa. 

"terima kasih mukhlis. kau lah orang yang selalu bagi aku semangat. ayat kau buat aku lega. sayang kau lillahitaala. dah jom turun masuk bilik. dah lewat dah nie"

"sayang kau jugak faiz lillahitaala"





Mukhlis masih memandang langit. Dalam hati berkata
 " aku doakan kau semoga bahagia Lia"



No comments:

Post a Comment