Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Wednesday, January 21, 2015

M A S A







10:00 a.m

"Kau dah dhuha ?"

"Belum. sat gi lah. Busy nie" *sambil main COC"



5:30 p.m

"Bro, hari nie dah bace Mathurat belum. Kalau belum meh ar sekali bace dengan aku"

"Sorry bro. Kau baca ar dulu aku kene settle kan assignment nie. banyak lagi nie"



9:00 p.m

"Kau tengah buat ape tuh?"

"Aku tengah search siapa Syed Qutb nie sebenarnya"

"Penting ke nak tahu siapa dia? Macam buang masa je"

"Penting lah jugak. Bertambah sikit ilmu drpd layan gosip artis memanjang"

"Sindir tuh weh. Alaaa aku tade masa ar nak search bagai"

*Senyum*



11:00 p.m

"Al-Mulk jum!"

"Bnyk lagi assignment tak setel nie. Pastu aku nak terus tidur. Tade masa lah nak bace malam nie. Esok ar aku bace Al-Mulk" 





Masa. 

Remaja sekarang. Aku, kau, mereka selalu bagi alasan takde masa. Busy. Banyak keje itu ini. Tapi sebenarnya bukan takde masa cuma kurang bijak menguruskan masa. Kita remaja umur baru 20-an, kahwin pun tak lagi, anak pun belum ada so part mana yang kita takde masa nya tuh ? Part mana yang kita busy nya sampai nak buat perkara sunat pun menjadi satu masalah ? Cipta pelbagai alasan lapuk. Come on para remaja. Bangkit weh. Jangan kata tade masa sampai lupa tanggungjawab seorang Muslim. Jangan kata takde masa sampai nak buat solat dhuha yg dua rakaat tuh pun susah. Solat dhuha tuh pembuka rezeki kita. Jangan kata takde masa sampai nak bace Mathurat pagi dan petang yang tak sampai 20 minit tuh pun payah. Nikmatnya baca Mathurat. Boleh hindarkan diri dari ditimpa penyakit. Jangan pandang remeh pada ibadah sunat. Yang sunat tuh boleh menampal lubang lubang ibadah wajib kita. Apa kita yakin ibadah wajib kita seperti solat 5 waktu itu sudah cukup sempurna ? Tepuk dada tanya iman.



Well said, kalau tanya aku siapa tokoh Islam siapa itu siapa ini aku bukan boleh jawab pun. Serius ilmu aku cetek. Thats why masa yang terluang kita cari sedikit ilmu. Masa cuti kita try search nama nama yang mungkin kita selalu dengar tapi tak tahu siapa mereka. Kita search lah. At least kalau orang tanya kita dpt lah jwb even tak detail pun. Usrahmate aku selalu pesan kene banyak membaca. Kene tahu isu semasa, apa berlaku kat dunia sekarang nie, apa berlaku dekat Syria, Palestine dan sebagainya. Kene tahu juga siapa Syed Qutb, siapa Syed Yusof al-Qaradawi dan lain lain. Kalau mmg malas tahap gaban nak search hampa tanya lah orang orang yg berilmu. Aku selalu tanya usrahmate aku sbb ilmu dia tiptop ar nak dibandingkan aku. *Rendah diri* Gunakan masa yang ada untuk cari ilmu. Ini bila orang tanya pasal isu semasa tak tahu tapi gosip artis dia lah yang nmbor satu jadi mak jemah *Tembak diri sendiri*



Gunakan masa yang ada sebaiknya. Kita bukan takde masa. Kita banyak masa cuma pengurusan masa tuh belum tepat lagi. Try lah susun masa elok elok. Mase nie lah kita bnyk kan cari ilmu, bnyk kan melakukan ibdah sunat. Nanti dah tua, dah sakit itu sakit ini kadang ibadat sunat pun dah tak buat dah. Kita masih muda. Masih bertenaga. Masa kita masih banyak. Daripada buat benda lagha macam selalu bertwitter seperti gadis kecil ini *mengaku salah sendiri* baik buat sesuatu perkara yang boleh tingkatkan amalan kita. Dan cuma nak kata sujud itu satu nikmat. Kalau kau dah tua ada sakit yang tak berpeluang untuk sujud maka kau hilang satu nikmat yang sangat bernilai. Maka banyak kan lah bersujud masa kita masih ada peluang ini.  





Wallahualam. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri sendiri. Aku juga pendosa. Sama seperti kalian. Maka sama sama lah pimpin tangan untuk menuju ke syurga Allah. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment