Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Thursday, July 24, 2014

BUKAN PENAMAT.


Dia tak kata dia baik , tapi dia nak jadi baik





Bismillah .

Ramadhan kian pergi.
Kini penghujungnya.
Apakah kita gembira kerana munculnya Syawal ?
Sepatutnya rasa sedikit kesedihan kerna Ramadhan bulan paling mulia daripada bulan-bulan yang lain.
Dan asalkan kita tahu Ramadhan bukan penamat.

Dia.
Dia rasa sayu.
Rasa sedih apabila di fasa terakhir Ramadhan.
Entah mengapa perasaan ini muncul.

Dia runsing.
Dia risau.
Apakah tahun depan dia bisa bertemu dengan bulan Ramadhan lagi ?
Bagaimana jikalau Ramadhan tahun ini yang terakhir buatnya ?
Diam tanpa kata , sebak yang di rasa.
Mengharapkan peluang yang ada.
Mengharapkan Sang Pencipta masih memberikan nyawa.

Dia juga runsing.
Dia juga risau.
Apakah dia hmba Ramadhan ?
Apakah ibadahnya akan terhenti setelah akhirnya Ramadhan ?
Apakah dia bisa melawan hasutan syaitan 
Sedangkan melawan hawa nafsu sendiri di bulan Ramadhan sukar baginya.
Apakah dia akan jatuh dengan hasutan syaitan ?
Apakah iman dia teguh dan utuh ?
Jelas terpancar kerisauan pada wajahnya.

Entah.
Dia takut.
Dia takut dia futur.
Dia takut dia tak dapat untuk istiqamah.
Kalau bisa bulan Ramadhan itu berhenti dan tidak berganjak 
Alangkah bagusnya.
Tiada syaitan yang datang menghasut yang ada cuma hawa nafsu.
Sekurang-kurangnya hanya ada satu musuh untuk ditewaskan.
Bukan dua.

Dia menangis.
Dia perlukan sokongan
Untuk ke bulan seterusnya.
Kalau dia jatuh, ada yang sudi hulur tangan ?
Kalau dia futur, ada yang sudi menegur ?
Kalau dia terpesong, ada yang sudi memalingkan dia semula ?
Kalau dia sesat jauh, ada yang sudi bawa ke jalan yang lurus ?

Dia manusia.
Dia punyai banyak kelemahan.
Dia tidak kuat seperti orang lain.

Tapi.
Dia selalu pesan pada diri.
"Qowiy lilahi taala"
"Aku tidak bersendirian"
"Allah ada bersamaku"
"Aku tak nak terus leka , sebab esok aku mungkin tiada di dunia ini"
"Sudah lah diri jangan terus jadi hamba dunia"

Dia sering berbicara seperti itu.
Itu salah satu kekuatan untuk diri dia.
Dia tahu dia tidak boleh putus asa.
Dia tahu dia perlu keluar dari kepompong dunia
Perlahan-lahan.
Agar bisa melihat cahaya di akhirat kelak.
Dan dia juga tahu.
Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis.

Dan akhir sekali.
Dia akan sentiasa letak Allah pada hati.

Last words daripada dia :

"Doakan daku untuk terus istiqamah dan terus berada di jalan Allah. Tegur salah silap. Kerna aku manusia"




Wednesday, July 16, 2014

BUKAN NANTI-NANTI , JANGAN TIDAK-TIDAK .


credit to google






Bismillah .

Assalamualaikum .

Seringkali kita dengar kata-kata sebegini termasuk aku jugak seringkali mengatakannya ,

"aku busy lahh , takde masa nak tahjud nak dhuha  . banyak keje nak kene buad nie haa"

"hm nak berubah bukan boleh paksa paksa nanti jadi tak ikhlas"

"kalau kene paksa nanti sekerat jalan dah patah balik"

"aku nak berubah , tapi aku takod"

"aku belum bersedia lahh . nanti lahh"

"kau tak faham situasi aku . kite berbeza"

dan pelbagai lagi alasan dan kata kata yang dilemparkan .

sampai bila nak terus berada di pulau "alasan" ? sampai bila nak nanti nanti ? sampai bila nak tangguh tangguh ? macam nie cara seorang muslim nak perjuangkan Islam ? tak malu dengan rakyat palestine tak kira tua atau muda bahkan kanak-kanak yg sepatutnya mereka bermain sahaja tnpa fikir pasal masalah tapi mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk perjuangkan Islam dengan ada kematian semua . kita ? yang berada di zon selesa masih tak berganjak hatta sedikit pown ? malunya ya Allah :/

tahu tak ? melengah-lengahkan , menangguh-nagguhkan sesuatu perkara yang baik adalah permainan syaitan ? so seronok lahh bermain dengan syaitan ? bila kita dah buad penangguhan maknanya syaitan menang dalam permainan . so seronok lahh kalah ? tepuk dada , tanya iman . 

permulaan perubahan mula dari dalam . kalau kita jauh dari Allah macam mana kita nak dapat kekuatan dan kekentalan iman serta hati untuk melakukan perubahan selanjutnya ? bukan suruh naik roket terus terbang sampai ke angkasa . tidak . kerna jika naik roket kelak terhempas dan sukar untuk hidup kembali . tapi biarlah kita melompat ke satu tempat ke tempat yang lain secara berterusan agar iman kita sentiasa meningkat bukan hanya constant sahaja . dan bila kita melompat dan terjatuh kita masih boleh bangun semula dengan lebih baik . 

bukan nanti-nanti , jangan tidak-tidak . kerana Allah tak pernah melengahkan diri untuk beri kita nikmat . cube fikir kalau Allah tangguhkan nikmat kita bernafas pada hari ini agak agak apa jadi pada kita ye ? :) dan dengan kita yang seringkali duduk di pulau alasan kau rasa kita alasan itu layak ke dinyatakan kepada Ilahi kelak ? 

tepuk dada , tanya iman . bertindak bukan mengikut akal dan nafsu tanpa memikirkan iman kerna kelak kau binasa . 

lastly, letak tangan korang pada bahu sendiri dan tepuk sambil berkata "sudah-sudahlah jadi hamba dunia . ayuh bangkit kejar akhirat pula !"


nota : anggap lah gambar pulau kat atas tuhh alasan kita semua yang akan merugikan kita kelak . besar kan alasan kita nak melakukan sesuatu perubahan . fikir :)