Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Thursday, July 24, 2014

BUKAN PENAMAT.


Dia tak kata dia baik , tapi dia nak jadi baik





Bismillah .

Ramadhan kian pergi.
Kini penghujungnya.
Apakah kita gembira kerana munculnya Syawal ?
Sepatutnya rasa sedikit kesedihan kerna Ramadhan bulan paling mulia daripada bulan-bulan yang lain.
Dan asalkan kita tahu Ramadhan bukan penamat.

Dia.
Dia rasa sayu.
Rasa sedih apabila di fasa terakhir Ramadhan.
Entah mengapa perasaan ini muncul.

Dia runsing.
Dia risau.
Apakah tahun depan dia bisa bertemu dengan bulan Ramadhan lagi ?
Bagaimana jikalau Ramadhan tahun ini yang terakhir buatnya ?
Diam tanpa kata , sebak yang di rasa.
Mengharapkan peluang yang ada.
Mengharapkan Sang Pencipta masih memberikan nyawa.

Dia juga runsing.
Dia juga risau.
Apakah dia hmba Ramadhan ?
Apakah ibadahnya akan terhenti setelah akhirnya Ramadhan ?
Apakah dia bisa melawan hasutan syaitan 
Sedangkan melawan hawa nafsu sendiri di bulan Ramadhan sukar baginya.
Apakah dia akan jatuh dengan hasutan syaitan ?
Apakah iman dia teguh dan utuh ?
Jelas terpancar kerisauan pada wajahnya.

Entah.
Dia takut.
Dia takut dia futur.
Dia takut dia tak dapat untuk istiqamah.
Kalau bisa bulan Ramadhan itu berhenti dan tidak berganjak 
Alangkah bagusnya.
Tiada syaitan yang datang menghasut yang ada cuma hawa nafsu.
Sekurang-kurangnya hanya ada satu musuh untuk ditewaskan.
Bukan dua.

Dia menangis.
Dia perlukan sokongan
Untuk ke bulan seterusnya.
Kalau dia jatuh, ada yang sudi hulur tangan ?
Kalau dia futur, ada yang sudi menegur ?
Kalau dia terpesong, ada yang sudi memalingkan dia semula ?
Kalau dia sesat jauh, ada yang sudi bawa ke jalan yang lurus ?

Dia manusia.
Dia punyai banyak kelemahan.
Dia tidak kuat seperti orang lain.

Tapi.
Dia selalu pesan pada diri.
"Qowiy lilahi taala"
"Aku tidak bersendirian"
"Allah ada bersamaku"
"Aku tak nak terus leka , sebab esok aku mungkin tiada di dunia ini"
"Sudah lah diri jangan terus jadi hamba dunia"

Dia sering berbicara seperti itu.
Itu salah satu kekuatan untuk diri dia.
Dia tahu dia tidak boleh putus asa.
Dia tahu dia perlu keluar dari kepompong dunia
Perlahan-lahan.
Agar bisa melihat cahaya di akhirat kelak.
Dan dia juga tahu.
Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis.

Dan akhir sekali.
Dia akan sentiasa letak Allah pada hati.

Last words daripada dia :

"Doakan daku untuk terus istiqamah dan terus berada di jalan Allah. Tegur salah silap. Kerna aku manusia"




Wednesday, July 16, 2014

BUKAN NANTI-NANTI , JANGAN TIDAK-TIDAK .


credit to google






Bismillah .

Assalamualaikum .

Seringkali kita dengar kata-kata sebegini termasuk aku jugak seringkali mengatakannya ,

"aku busy lahh , takde masa nak tahjud nak dhuha  . banyak keje nak kene buad nie haa"

"hm nak berubah bukan boleh paksa paksa nanti jadi tak ikhlas"

"kalau kene paksa nanti sekerat jalan dah patah balik"

"aku nak berubah , tapi aku takod"

"aku belum bersedia lahh . nanti lahh"

"kau tak faham situasi aku . kite berbeza"

dan pelbagai lagi alasan dan kata kata yang dilemparkan .

sampai bila nak terus berada di pulau "alasan" ? sampai bila nak nanti nanti ? sampai bila nak tangguh tangguh ? macam nie cara seorang muslim nak perjuangkan Islam ? tak malu dengan rakyat palestine tak kira tua atau muda bahkan kanak-kanak yg sepatutnya mereka bermain sahaja tnpa fikir pasal masalah tapi mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk perjuangkan Islam dengan ada kematian semua . kita ? yang berada di zon selesa masih tak berganjak hatta sedikit pown ? malunya ya Allah :/

tahu tak ? melengah-lengahkan , menangguh-nagguhkan sesuatu perkara yang baik adalah permainan syaitan ? so seronok lahh bermain dengan syaitan ? bila kita dah buad penangguhan maknanya syaitan menang dalam permainan . so seronok lahh kalah ? tepuk dada , tanya iman . 

permulaan perubahan mula dari dalam . kalau kita jauh dari Allah macam mana kita nak dapat kekuatan dan kekentalan iman serta hati untuk melakukan perubahan selanjutnya ? bukan suruh naik roket terus terbang sampai ke angkasa . tidak . kerna jika naik roket kelak terhempas dan sukar untuk hidup kembali . tapi biarlah kita melompat ke satu tempat ke tempat yang lain secara berterusan agar iman kita sentiasa meningkat bukan hanya constant sahaja . dan bila kita melompat dan terjatuh kita masih boleh bangun semula dengan lebih baik . 

bukan nanti-nanti , jangan tidak-tidak . kerana Allah tak pernah melengahkan diri untuk beri kita nikmat . cube fikir kalau Allah tangguhkan nikmat kita bernafas pada hari ini agak agak apa jadi pada kita ye ? :) dan dengan kita yang seringkali duduk di pulau alasan kau rasa kita alasan itu layak ke dinyatakan kepada Ilahi kelak ? 

tepuk dada , tanya iman . bertindak bukan mengikut akal dan nafsu tanpa memikirkan iman kerna kelak kau binasa . 

lastly, letak tangan korang pada bahu sendiri dan tepuk sambil berkata "sudah-sudahlah jadi hamba dunia . ayuh bangkit kejar akhirat pula !"


nota : anggap lah gambar pulau kat atas tuhh alasan kita semua yang akan merugikan kita kelak . besar kan alasan kita nak melakukan sesuatu perubahan . fikir :)

Friday, June 6, 2014

AKU CUMA TERFIKIR ....

incik google
 



 Bismillah .

Salam alaik .

Okayy sebagai permulaan entry ini hanya luahan dari hati dan pemikiran aku . Mungkin isu yg agak sensitif atau berat untuk disampaikan .

Aku cume terfikir ...

Hm yea aku akui kite mempunyai fahaman yang berbeza . Tapi bile kite letak Islam dalam hati bukan kah fahaman kite akn jadi same ? Okayy mungkin ade yang tak faham . Aku selitkan perbualan aku dengan sahabat aku , cik qila .

Aku tak brape igt sgt . Aku amik yg point penting je okayy .

Aku : tahu pasal isu persatuan melayu murtad tuhh ? Isu tuhh dah lame tapi tak dibangkitkan . Kite pown baru tahu sbb kite tnye mmbe kite pasal bnda alahh tuh . Pastu mmbe kite ckp mostly ramai yg bertudung masuk dlm persatuan tuh . Wallahualam .

Cik qila : ouhh tahu .dah lme dah isu tuh kowd .

Aku : tah lha kite cume tak faham knpe fahaman diaorang tak sme mcm fahaman kite kite nie . I mean bnda tuhh dah mmg sah sah salah tapi masih jugak terlibat . Mestilah yg terlibat tuhh umur 20an bagai kan . Kite nie bru 19 tapi fahaman kite mengatakan bnda cmtu mmg salah . Diaorg hidup lagy lame dri kite tak kn diaorang tak dpt bezakan kowd .

Cik qila : okayy kite tanye atien , knpe ade org melayu dan Islam ade yg pakai tudung dan ade yg tak pakai tudung ? Haa basic nya dri situ lahh .

Aku : hm yg tuh lain kes lha . *mengeluh berat*

Cik qila : yea kite faham kekonfiusan atien skrg nie haha . Hm semua nie sbb diaorang terpengaruh . Diaorang mcm nk knl Islam tapi diorang salah pilih jalan . Mcm syiah suma tuhh . Dan ini salah satunya agenda yahudi . Dalam al quran pown ade sebut org kafir tak kan berhenti selagi umat Islam tak ikut diaorang .

Aku : tapi hm entah lah . Kite masih tak faham .


Okayyy . Aku tak igt dahh ape dialog seterusnyaa tapi itu pown sedikit sebanyak dah buad korang pening kowd haha . Sampai skrg aku masih konfius kurang faham etc . Aku rase sedih pown ade . Sedih bile mne kalau korang perasaan org melayu yg ade title Islam sendri menjatuhkan Islam hm . Cik qila ade ckp kerajaan Uthmaniyah yg gahh tuh pown dijatuhkan oleh org Islam sndri . Mcm mne eak nk ckp . Bile pemimpin tak mengikut cara Islam sedikit sebanyak boleh mempengaruhi masyarakat . sedikit sebanyak masyarakat mudah terpengaruh and yahudi pown meluaskan kuasa mereka . aku bersyukur pemimpin kita melayu dan ada title Islam . cume hm itu lahh . takpe lahh kite doakan supaya diberi hidayah untuk lebih kuad memperjuangkan Islam . kalau korang pernah terfikir , manusia sibuk menjatuhkan orang lain sibuk menggulingkan orang lain tapi ada tak kite berusaha untuk mendoakan dia supaya diberi hidayah ? think !

entah lah . aku ade lah jugak tanye cik qila . kite nak buad ape je . doa ? itu je kowd yg mmpu buad . yea . doa senjata orang mukmin . selain tuh ? menyampaikan ? memperbetulkan balik pemikiran orang terhadap Islam ? hm hm cik qila jawab "ya" . dia cakap kite kene tarbiyahh kene banyak membaca . hm yea . kite mmg kene banyak membaca . skrg aku dah terdorong nak beli buku pasal benda nie suma . syiahh , yahudi , dajal semua tuhh . hari tuhh aku ade beli buku pasal wabak pluralisme . di mana pluraisme nie menganggap semua agama adalah sama termasuk agama Islam . sedangkan agama Islam itu lebih tinggi darjatnya . hm aku tak nak cakap bnyk pasal wabak nie sebab aku belum habis bace lagyy buku tuhh .

aku tahu ramai lagyy yang tak perasan yang sebenarnya Islam di Malaysia di serang dengan cara halus . mereka menyerang melalui pemikiran kita kalau korang perasan thats y ramai yg terpengaruh . alaa kire macam musuh dalam selimut , gunting dalam lipatan lahh . kite tak nampak musuh depan mata and we ignore it . and certain people follow them. sebab ape ? kesenangan ? tiada peraturan ? *sigh* cube bayang kalau kite dekat gaza , syiria di mana orang Islam di serang dgn bom , ditembak semua tuhh . musuh tuhh sah sah kite nampak depan mata . adakah kite akan ignore jugak ? tidak kan . sebab ? yelahh mesti lah kite nak selamat and mestilah berusaha mencari jalan untuk selamat . adakah kite akan follow musuh tuhh ? off course lah tak . yelaa tak kan nak follow org jahat . orang yg mungkin telah bunuh parents kite . 

nampak tak perbezaan ?

okayy aku tak nak cakap banyak sangat sebab aku sendiri pown kurang ilmu . 

last words dari aku , kita ini umat akhir zaman . kalau bukan kita yang memperjuangkan Islam nak harapkan siapa lagyy ? sanggup tengok agama Islam jatuh ? sedangkan Islam itu agama yang indah . orang kafir sah sah ke neraka tapi kite orang Islam masih diberi peluang untuk memilih neraka atau syurga . dan semestinya ramai inginkan syurga .

fikirlah ..

sedang kan pada zaman Rasulullah . hanya bape ratus orang sahaja yang mengikut baginda tapi mereka berjaya kalahkan Quraisy dan berlakunya pembukaan Mekah . nampak tak semangat mereka memperjuangkan Islam . kite nie ? di Malaysia yang mmg negara Islam mempunyai berbillion juta rakyat Islam tapi hanya segelintir saja memperjuangkan Islam . yang lain ? haihhh . 

moga moga kalian sedar yang kite wajib dan perlu untuk menegakkan dan memperjuangkan Islam . asiff jika aku ada tersalah biara dan fakta yang aku bagi or pendapt aku ade yg salah . yang menulis ini sering melakukan kesilapan . maaf tulus dari hati . perbetulkan apa yang salah . end .

pesanan penaja : maaf jika entry nie panjang dan buad kalian tak faham . boleh bertanya kalau tak faham . dan jika saya tidak dapat menjawabnya tanya lah yang lebih arif . asiff jiddan .

Sunday, June 1, 2014

HAPPINESS :D



By incik google 




Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

C/O : 
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki


Hakikat Bahagia by UNIC .

                                                          **************

kenapa start dengan lirik lagu ? 

saja nak promote lagu unic nie haha . lagu nie best . hayati lahh lirik lagu tuh then cuba fahamkan .

Bahagia ? 

yea . suma orang ade kebahagiaan sendiri . Allah bagi kite rase bahagia di dunia nie dengan nikmat yang melimpah ruah . tapi dalam kita bahagia ade tak rase bersyukur ? dalam kite tak sedar , kite beria mencari bahagia di dunia sehingga kite lupa yang bahagia di akhirat itu jauh lebih penting . kite cari bahagia dunia , tapi adakah mengikut syariat Islam ? adakah diredhai Allah ? 

contoh . kite nak kaya . nak bagi bisness kite maju supaya kita banyak duit rase bahagia bila boleh beli macam macam . tapi kite amalkan riba . kite rasuah orang itu ini supaya orang lain sokong syarikat kite . then kite kaya lepastu kite rase happy bahagia sbb boleh beli itu beli ini . itu di dunia . kalau di akhirat kelak ? agak agak rase tak bahagia tuhh ? agak agak boleh tak jamin harta harta tuh suma boleh bantu kite lepas dari azab neraka ? think ! 

thats y lahh kalau kite nak rase bahagia di dunia juga akhirat bukan senang senang mcm tuh je . gune jalan mudah . short cut . tapi hakikatnya ? hidup tak tenang . selalu gelisah . kite akan rase benar benar bahagia bile hati kite selalu ingat Allah . bile kite mengelak kan diri daripada maksiat. bile kite selalu berzikir . mcm dalam lirik lagu kat atas tuhh , "hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan" 

mcm entry aku sebelum nie , ayuh cari bahagia ! bahagia yg mane Allah sentiasa ada dalam hati kita . yea . sukar untuk meninggalkan perkara yang kite suke buad yg kite rase happy bile kite buad tapi sebenarnya Allah tak suke , Allah murka . takpe . perlahan lahan . pintu taubat Allah itu luas . masih ade peluang . dan sebenarnya sahabat juga memainkan peranan untuk buad kite rase bahagia bersama . sahabat fillah . sahabat kerana Allah yang mane akan same same dengan kite berpimpin tangan menuju bahagia di syurga . dan juga sahabatyang bukan menjatuhkan sahabatnya yang lain . itu juga salah satu faktor untuk mencari bahagia :)


pesanan penaja : im using the word "kite" sebab mato cakap "kite" tuhh means termasuk diri ini . dalam kite sibuk menaip itu ini kite juga perlu memperingatkan diri ini . manusia tak sempurna .

Saturday, May 24, 2014

Ayuh ! Cari Bahagia .

credit to google


"Adam , apa kebahagiaan yang kau nak ?" Syafiq memandang Adam yang sedang membelek skatenya .

"Hm ? maksud kau apa ?" Adam menoleh ke arah Syafiq .

"Hm Adam , kau bahagia sekarang ?"

" Hee mestilah aku bahagia . aku ade ibu ayah ada adik adik yang sayang aku . aku ade duit ada kereta . dan yang paling penting aku ada kau . aku bahagia bila ada kau sebab kau selalu ambil berat pasal aku lepastu kau selalu membebel dan tegur aku bile aku buad salah . aku suka ada sahabat macam tu." terang Adam panjang lebar .

Syafiq tersenyum .

"Adam , jum cari bahagia !" kata Syafiq dengan penuh semangat .

Adam angkat kening . "Cari bahagia ? Kau nak cari girlfriend ke ? woii tak kan ustaz macam kau nak cari girlfriend kot . unbelieveable ! hahahaha" 

"Woi !" Syafiq menumbuk bahu Adam. "Agak agak lah nak sindir aku pun . hish !" Syafiq geram.

"Haha okayy bro . sorry ! Hm maksud kau apa ?"

"Jum cari bahagia di mana kita suka buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang . Bahagia di mana kita melakukan perkara yang Allah redhai . Cari bahagia yang Allah pandang kita bagai ahli syurga." Terang Syafiq sambil memandang ke langit.

Adam melepaskan keluhan berat .

"Kau tak bahagia ke sekarang Fiq ? Kau ustaz kot . Kenapa ajak aku ?"

Syafiq senyum .

"Sebab kau sahabat fillah aku Adam . Aku sayang kau kerana Allah dan aku tak nak bahagia sorang sorang . Aku nak bawa kau pimpin tangan kau untuk cari bahagia sebenar . Aku nak kita sama sama menuju ke destinasi dengan kebahagian yang sungguh indah. Dan percayalah aku tak akan lepaskan tangan kau"

Mata Adam mula berair . Dia memandang tepat pada mata Syafiq lalu berkata 

"janji dengan aku andai kata aku jatuh ke neraka , kau tarik aku sama masuk syurga okayy ?"

Syafiq senyum .

"In shaa Allah Adam . kita sama sama usaha okayy . aku sayang kau . ayuh , berpimpin tangan menuju ke syurga Allah !"

Adam memegang erat tangan Syafiq . 

"Jum cari bahagia !"

End.






pesanan penaja : aku akan ulas maksud cerite ringkas ini pada entry seterusnya . dan aku bukan orang yang reti menulis cerpen or short story or whtsoever . ini first tyme . tetiba muncul idea gini . sebab tuh bahasa pown tak sedap haha maaf lah :)