Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Wednesday, September 30, 2015

Kertas Dari Kekasih.


biasalah gambar google.



Nota pathology di letak tepi. mengeluh. memandang ke tingkap melihat burung berterbangan. bebas. alangkah indah kalau aku boleh terbang bebas seperti burung. terbang ke langit. tinggi setinggi boleh supaya tidak terlibat dengan perkara yang serabut lagi memeningkan kepala otak. pergi jauh dari manusia yang menjengkelkan. tidak terkurung di kamar sendiri. bebas. bebas terbang ke mana sahaja. alangkah bahagianya. 

Mengeluh.

Aku letih. sangat letih. kadang aku rasa banyak sangat perkara yang perlu aku lakukan. mana nak puas kan hati orang, nak layan expectation orang dekat diri lagi. mana nak study untuk exam, turun padang untuk program as long as aku comittee program, mana nak join dakwah dan tarbiyah. letih. sumpah letih. kadang rasa serabut gila. 

Mengeluh lagi.

"Kuat mengeluh hari ni awak" tetiba dia bersuara.

Aku pandang ke arahnya. senyum kelat. dia selalu ada dengan aku. cuma sejak akhir akhir ni jarang borak bersama sebab aku sibuk dia sibuk. tapi aku amazed ar sesibuk dia pun jarang nampak dia kusut. nak dengar dia mengeluh pun jarang. selalu senyum je. 

"Tengah kusut. banyak kerja kena buat. hidup jadi kelam kabut sangat" aku mengadu. aku cerita kekusutan aku padanya. baru hari ni aku dan dia dapat berbual bersama tanpa ada gangguan. dan dia setia mendengar. aku banyak mengeluh. 

Lepas aku mengadu domba dan meleraikan kekusutan yang ada kepada dia, dia mencapai kertas dan pen untuk menulis sesuatu. aku tanya nak tulis apa dan dia hanya senyum. aku pun malas nak bertanya lagi lalu termenung memandang tingkap. indahnya jadi burung. sekali lagi fikiran aku ke udara.

Dia menyentuh bahuku dan menghulurkan kertas yang dia capai tadi lalu berkata, 

"Khas untuk insan yang saya sayang. saya nak keluar ada meeting. awak baca ye"

Aku mengambilnya dan senyum padanya. sebelum dia beredar dia peluk aku. rasa hangat di situ. dia kata pelukkan itu pelukkan saluran semangat untukku. ahh manis sungguh. 

Dia berlalu pergi.

Aku membaca kertas tersebut.

Dear awak, saya tahu kita dah lama tak borak bersama atas sebab kesibukkan masing masing sejak akhir akhir ni. saya tahu awak tengah kusut dan serabut. saya minta maaf sebab tak selalu ada dengan awak untuk dengar luahan hati awak. maafkan saya wahai bidadari :'( 

Bila kita serabut dekatkan lah diri padaNya. jangan stress. jangan mengeluh. awak tahu, burung yang terbang bebas di langit pun ada masalah dan stress nya sendiri. ibu burung nak cari makanan untuk anaknya, mana nak cari tempat untuk berteduh, mana nak lari dari pemburu-pemburu dan haiwan liar. mereka tidak lah bebas sebebasnya. haiwan sendiri ada cabaranya, inikan pula kita. 

Sayang, bukan manusia normal yang tiada masalah dan kesusahan sendiri. tapi ingatlah setiap kesusahan yang datang pasti ada kesenangannya. kita manusia di pilih untuk mengharungi onak duri cabaran hidup yang pasti kita boleh hadapi. Allah kan uji kita ikut kemampuan kita, maka nya pasti kita mampu untuk harungi setiap ujian yang datang. jangan mengeluh. jangan putus asa.

Orang yang banyak mengeluh ni sangatlah tidak bergaya hihi. ni saya nak tanya, berlubang-lubang ke awak punya mutaabaah amal ? *senyum manis*

                                                                                                              
                                                                                                                     tulus ikhlas.
                                                                                                                     bae awak :)


Terasa sesuatu mengalir di pipi. bahang. soalan terakhir buat aku sentap. ya. mutabaah amal aku banyak lubang. terlalu sibuk dengan hal dunia sampaikan lupa hal-hal akhirat. mungkin sebab itu aku banyak mengeluh dan putus asa. ya Allah, maafkan aku kerana jauh dariMu. terima kasih awak. ana uhibbuki fillah :')

Aku bangun dan menuju ke bilik air. ambil wudhuk. solat. menangis.