Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Wednesday, April 8, 2015

Ini Baru Fasa Permulaan.

Senyap. Kurang bercakap. Kurang senyum.

ya. itu aku pada usrah kali ini. aku pasif. entah tak tahu kenapa. rasa seperti batu besar menghempap kepala bertubi-tubi. bayangkan lah batu besar kot. berat tak berat lah kan. hm. merenung ke langit. rasa tenang. sungguh walaupun langit itu hanya berwarna biru sahaja tapi ia rasa tenang saat melihatnya. rasa seperti berada di sana. Pejam mata. 

saat mata terbuka tetiba muncul senyuman yang begitu indah milik seorang gadis ini. aku pun turut tersenyum. ok secara jujurnya senyuman yang terpaksa sebab aku tak tahu nak senyum macam mana buat masa sekarang ni.

"fikirkan sesuatu hm ?"

"tidaklah"

"menipu itu dosa sayang"

aku memandangnya. dia senyum. manis. cantik. tenang melihatnya. 

"ukhwah itu indah bila saling berkongsi masalah antara satu sama lain. dari dalam usrah tadi saya dapat rasa anda ada sesuatu perkara yang menggangu fikiran anda. saya boleh jadi pendengar paling setia yang tiada galang gantinya hehe" 

"hm macam mana kalau saya tersungkur ?"

"tersungkur ? maksudnya ?" 

"macam mana kalau saya tersungkur atas jalan ni. entah saya rasa usrah kali ni berat sangat. padahal naqibah kata kita ni baru fasa permulaan haha over tak ? baru fasa permulaan dah gelabah semacam kan hm. tapi itu lah. lepas kak yani terangkan ape yang perlu kite tempuh di jalan ini apa persediaan yang perlu dilakukan dan topik usrah pun makin lama makin tough kan. saya tahu kita mmg kene tempuh perkara perkara sebegini tapi saya tak yakin sejauh mana saya boleh pergi. usrah mate yang lain semua hebat hebat. kamu pun hebat. masa kak yani suruh bentangkan surah Al-Asr tu hujah kamu semua mantap je. tapi penerangan saya biasa biasa je kot hm. serius kadang rasa macam kecik sangat saya ni .  faham tak apa saya rasa ? rasa rendah diri teramat sangat sampai fikir yang saya tak mampu berada di jalan ni. rasa tak layak. apa boleh ke saya menjadi penggerak ummah ? saya tidak yakin" 

percayalah bahawa air mata aku dah mengalir tak nak berhenti dah sekarang ni. 

"heyy wahai wanita yang dipilih oleh Allah. kenapa perlu rasa sebegitu rupa sayang ? kita semua sama saja. dalam jalan ini tiada siapa yang lebih hebat dari sesiapa. tiada yang akan merendah rendahkan anda. tiada yang memperkecilkan anda. tiada. kita semua sama dear"

"kamu tak faham apa yang saya rasa. kamu bukan di tempat saya. saya ni orang biasa sangat. biasa. tak hebat seperti kalian semua"

"ok kalau anda orang biasa saya ni catwoman ke ? or wonderwoman yang acah acah mempunyai kuasa ? haha" 

"hishh jangan nak buat lawak. takde tenaga nak gelak taw" tarik muka.

"hahaha buat lawak sikit pun tak boleh. senyum lah sikit. buruk lah nangis camtu. tak comel hehe"

tangannya memeluk bahu aku. mungkin untuk menenangkan aku yang entah macam orang mati laki haha.

"Yana, tidak kah anda rasa itu semua bisikan bisikan syaitan ? tidak kah anda rasa syaitan sedang cuba untuk menghasut anda dengan berikan rasa rasa yang seperti itu ? rasa seperti orang yang putus asa untuk teruskan perjuangan ini ? rasa seperti tak layak untuk berada di jalan ini dan menjadi penggerak untuk ummah ? itu bisikan bisikan syaitan dear. syaitan memang akan berbisik sayu pada kita saat di mana kita perjuangkan agama Islam. saat di mana kita ada niat dan usaha untuk amar makruf nahi mungkar. apakah dengan bisikan seperti itu anda menjadi lemah. apakah dengan bisikan itu anda terus rasa tak mampu ? sedangkan kak yani sendiri ada kata yang anda mempunyai potensi yang mungkin orang lain takde. tidak kah anda mahu mencari dan mengasah potensi atau bakat yang anda ada ? sayang, saya ada bersama anda. usrahmate juga ada bersama anda. anda bukan bergerak seorang. saya yakin anda akan lebih menyerlah daripada kami semua. dan bukan kah Allah bersama anda juga ? Kekuatan itu datang dariNya maka sayang minta lah dariNya. Allah melihat di mana kita bermula dan usaha kita. Allah tak lihat siapa hebat siapa tak hebat. apa yang Allah lihat amalan, akhlak dan keikhlasan kita di jalan ini. bukan calang calang orang yang dapat masuk ke syurga. faham kan ?"


***************************************************************************************



lama aku hadam aku fikir apa yang nora katakan petang tadi. lama. terlalu lama. selesai solat aku turut berdoa supaya hati aku kuat. jiwa aku kental. 

aku melihat bintang yang berkelipan di langit. banyak. cantik. ada yang kecil ada yang besar sedikit. semuanya memberi sinarannya sendiri. ada yang kurang bersinar ada yang sederhana bersinar. 

aku tertarik pada satu bintang yang begitu kuat sinarannya berbanding yang lain. ya. yang satu itu. dan itu lah aku. aku tanamkan dalam diri yang aku akan jadi bintang yang besar sinarannya yang boleh memancarkan cahaya yang kuat pada waktu malam. ia seperti aku akan menjadi seorang yang memberi sinar pada masa kegelapan. aku tahu aku tak boleh berhenti begitu sahaja. aku tak mahu jadi manusia yang rugi. tidak sama sekali! aku tahu aku mampu.

persetankan bisikan syaitan. 

"Moga Allah bersamaku. ini baru fasa permulaan" kata Yana dalam hati. 




tak tahu lah nampak ke tak tulisan tuh --'' kalau tak nampak kalian cari sendiri lah. tadabbur sendiri hehe


No comments:

Post a Comment