Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Thursday, April 16, 2015

Bukannya Tak Boleh.


credit to google.




7.00 a.m

Terjaga. tengok jam.

"Alamak dah lewat. tak solat subuh lagi!"

Hasnah hanya memerhati. 

Berapa minit kemudian aku keluar bilik.

"Aku ingat kau dah solat subuh tadi sebab tuh aku tak kejut. sebelum ni kau yang selalu kejut aku"

"hehe aku layan drama korea malam tadi sampai pukul 4 pagi"

"4 pagi ? biar betul. drama korea ape je ni kau tengok sampai 4 pagi baru tidur"

"hehe drama terbaru. healer tajuknya. aku dapat dari kawan aku tadi. dia kata best. memang best weh. dah tengok tuh susah nak stop"

"hmm"


15.00 p.m

"Dah solat zohor belum ?"

"Ohh belum lagi. 5 minit lagi k. nak habiskan episod ni kejap"

"5 minit apanya! dah pukul 3 kot. lewat dah ni"

"yela yela"


11.00 p.m

*knock knock*

"hai, boleh aku masuk?"

"hahaha sejak bila nak masuk bilik aku ni minta izin. masuk lah"

"hm buat ape? layan korea lagi?"

"aaaa haah. lagi 3 episod hehe. hensem weh hero dlm cite nie hehe"

"hmm aku nak cakap dgn kau sikit boleh?"

"haa nak cakap apa? cakap lah"

"aku nak cakap benda penting so boleh tak kau berhenti dulu tengok cerita tu? give your attention to me"

"ehh em macam penting sangat je. oh okay okay" 

*off laptop*

"ye gadis, mahu cakap apa dong hehe"

"mula-mulanya aku minta maaf siap siap kalau apa yang aku nak cakapkan ni menyinggung hati kau"

"hm ok. i'm litsening"

"kau dah lain sikit sejak dua menjak ni. mana pernah kau lewat solat semata mata kerana hal dunia. aku tahu kau nak merehatkan otak kau sebab kita baru je lepas midterm. aku tahu maybe kau nak berhibur dengan tengok drama korea yang entah apa tajuknya tu. tapi perlu ke kau tengok sampai pukul 4 pagi tu?"

"aku just nak release tension sikit je. baru seminggu aku tidur lewat kot"

"tidur lewat tak jadi masalah yang jadi masalah bila solat subuh kau tu. mana pernah kau solat subuh selewat itu. kau juga selalu pesan kat aku jangan lewat kan solat, Allah tak suka. Okay cuba bayangkan kalau Allah lewatkan nak bagi kau oksigen untuk bernafas agak agak kau boleh bertahan tak?" keras suaranya.

"hm aku tak sengaja. aku dah set alarm dah tapi tak sedar"

"aku kejut kau pun kau kata nanti lah kejap lagi lah. who are you right now dear? mana srikandi yang gagah yang selama ni mementingkan hal akhirat dari segalanya? where is she?" 

Nada hasnah tegas. Jantung aku laju.

"aku...." sudah banyak takungan air di mata dan hanya tunggu masa untuk pecah sahaja tapi dipaksa untuk tahan.

hasnah memeluk bahu aku. mengusap rambut aku. 

"Tak salah nak berhibur sayang. tak salah kalau nak tengok drama korea ke apa ke. yang menjadi salah bila kita letakkan hiburan sebagai tuhan. apa kita lupa mana yang lebih utama. berhibur keterlaluan pun boleh rosak hati. ini semua bisikan bisikan syaitan. jangan sampai kita leka dan lalai. aku rindu kau. aku rindu untuk kita solat jemaah sesama. sejak kau layan drama korea kau selalu suruh aku solat dulu bila aku ajak jemaah. bukan kah pahala solat jemaah tinggi nilainya? aku rindu"

"hm aku nak tidur. nanti kalau nak keluar bilik tutupkan lampu ok"

aku baring. hasnah tak berniat untuk sambung bicara. dia bagi ruang untuk aku.



****************************************

4.30 a.m

aku terjaga. aku duduk di katil. kata kata hasnah masih terngiang-ngiang di telinga aku. ye aku tahu aku silap kali ni. aku terlalu leka dan lalai sampai aku abaikan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. mana mungkin aku bisa mejadi srikandi islam sedangkan dengan hiburan aku boleh tewas. 

aku menuju ke bilik air. mengambil wudhu'

solat sunat.

di akhir solat aku berdoa.

selesai.

aku nekad.

on laptop. pergi ke folder "drama korea" right click and delete.

ya. aku delete. 

aku senyum. rasa lega.

aku jenguk bilik hasnah. selimutkan dia dan usap rambutnya.

"terima kasih kerana sedarkan aku wahai bidadari" bisik aku.


6.00 a.m

"Allahu akbar, Allahu akbar ...."

Subuh.

"Hasnah,bangun. Subuh dah ni"

Hasnah sedar sambil menggosok matanya.

"Hm dah subuh ea?"

"haah. tengah azan tu. bangun k. kita solat jemaah sesama"

Hasnah senyum. senyuman yang manis.

"well, srikandi sudah kembali kah?

aku hanya senyum.





gadis kecil : sebab kita manusia yang sering leka dan lalai. tak salah untuk berhibur tapi biarlah kene pada masa dan tidak berlebihan sampai lupa tanggungjawab seorang muslim. sahabat yang baik saling menegur antara satu sama lain supaya kita tidak mudah leka dan teguh berada di jalan menuju ke syurga. saya ada untuk awak dan awak ada untuk saya, kan sahabat ? :)




























No comments:

Post a Comment