Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Friday, August 7, 2015

F E N O M E N A


Aku curi dari google.




Salam alaik. 

ok aku tak nak mukadimah panjang sangat nanti hilang idea haha. lagipun mesti ada orang rindu aku punya blog kan. ok nampak macam poyo sangat.

sekarang ni kalau tengok Malaysia macam macam benda berlaku. kes gst, kes 1MDB, kes rombak kabinet lah, kes rasuah, kes ada orang yang berhati 'mulia' derma duit kepada PM lah dan banyak lagi malas nak ulas panjang sebab aku bukan pemberita ehek,

dengan berlakunya banyak kes banyak kekeliruan banyak kezaliman maka tercetuslah dua fenomena. it is just my opinion. tak nak terima boleh tinggalkan komen anda di bawah ini. 

fenomena di mana yang berkuasa tetap berkuasa tetap kaya raya gila bapak dan yang ditindas tetap ditindas. yang berkuasa tu siapa ? semua menteri yang bijak pandai cerdik molek (baca dalam nada sinis) dan yang ditindas tu rakyat sendiri. aku tak faham dan masih lagi timbul pelbagai persoalan apa dah jadi dengan pemimpin dan konco-konconya di Malaysia ni ? dan mereka mereka terus berdiri megah walaupun telah dikritik ditegur dan sebagainya. dan teguran demi teguran seperti tidak terpasak di dalam hati. mengapakah ? bagaimana lagi mahu husnuzon ni ? hmm im pretty sure most of us very dissapointed about it. dan fenomena ni beri impak yang negatif pada orang, pada negara luar, pada diri mereka sendiri sebenarnya. fenomena yang mana orang di atas tidak menghiraukan orang di bawah. dan ia juga bagi kesan dekat aku di mana jawapan apa yang aku perlu bagi bila anak-anak aku tanya nanti pasal Malaysia ni kah! bak kata ustaz kazim, kuasa menteri apalah sangat. maka, insaflah sikit duhai pemipin. make the things clearly. (mana tahu ada menteri yang insaf bila baca blog aku ni)

dan fenomena kedua di mana tiada adab untuk bersuara. kes kes yang berlaku di Malaysia menyebakan ramai orang melenting dengan biadap. memang ada hak dalam kebebasan bersuara tapi adab mana adab ? apa cara Islam ke bersuara dengan mencarut memaki hamun melenting macam kambing mengembek (aku nak tulis anjing menyalak tapi nanti orang kata biadap sangat) dan seperti tidak bermoral. tak belajar sivik ke dulu masa kat sekolah ? fenomena ini makin kencang dan hebat berlaku di Malaysia. aku tak pasti sama ada silap pada diri or silap pada mereka-mereka. tapi apa yang aku rasa dan pendapat aku tak payah nak melampau-lampau sangat. cukup dengan ayat sarcasm dan komen yang membina at least kau tak dapat dosa dengan mencarut. memang lah lawan tetap lawan tapi nak lawan pun kene pikir saham akhirat juga. faham ? 

dua fenomena ni pada aku bagi impak yang negatif dan buruk pada diri, masyarakat dan negara. maka kita sebagai pemuda yang gagah lagi perkasa ecewah, tuntulah ilmu sebanyak mungkin. kajilah dan membacalah. kerana masa depan negara bergantung pada belia sekarang ni. kalau sekarang masih lagi huha huha cinta monyet gaduh dekat twitter pasal lelaki macam mana nak memberi perubahan pada negara ? maka sama-samalah kita berganding bahu. dengan ini countinglah untuk pru14 haha.


p/s: ini pendapat aku tau. tak setuju boleh buat blog bagi pendapat sendiri. kalau rasa tak matang dan masih lagi main bash membash ruang komen disediakan. adios!

No comments:

Post a Comment