Menyampaikan dalam masa yang sama tuju pada diri sendiri. Aku juga pendosa.

Monday, August 17, 2015

LAIN-LAIN. BERBEZA. TIDAK SAMA.


google







Salam alaik.


kembar seiras yang comel putih gebu pun mempunyai personaliti yang berlainan. mereka juga ada perbezaan. ada yang pendiam, ada yang banyak cakap. ada yang suka warna biru, ada yang suka warna pink. ada yang gemuk, ada yang kurus, ok melebih pulak describenya hihu.

setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza. mereka juga mempunyai ujian yang berbeza. ada yang diuji bab ikhtilat, ada yang diuji bab akhlak, ada yang diuji bab aurat, ada yang diuji bab kemewahan, ada yang diuji bab kesusahan dan lain-lain. mereka semua mempunyai ujian yang berbeza. 

kadang kau mungkin sempurna dalam penjagaan aurat tapi kau diuji dengan ikhtilat.
kadang kau mungkin sempurna dalam penjagaan ikhtilat tapi diuji dengan aurat.
kadang kau mungkin diuji dengan keduanya sekali.

makanya, kita tak perlu nak kata dekat orang ujian kita lebih berat dari ujian orang lain sedangkan kita tak tahu pun kehidupan dia macam mana. kita tak tahu pun ujian yang Allah beri kat dia bagaimana. kita mungkin nampak dia bahagia aman sentosa tapi ada kita nampak disebalik wajahnya tersimpan seribu satu derita dan duka lara untuk mengharungi onak duri dalam kehidupan ? 

sebab tu kadang kadang jangan sibuk sangat pasal kehidupan orang lain. kita mungkin boleh kata yang dia ni tutup aurat tapi tak jaga ikhtilat. kita nampak pada mata kasar. kita mungkin nampak saat dia kecundang, saat iman dia turun. tapi ada kita nampak bila dia struggle nak jaga ikhtilat ? ada kita nampak bila dia menyesal dan nangis nangis masa sujud untuk mengelak daripada berikhilat ? ada kita nampak macam mana murungnya dia bila dia sedar dia silap ? tak. kita tak nampak semua tu. kita tanpa sengaja ternampak dia masa dia kecundang then terus ambush dia. adil ke macam tu ? ujian kita pula bagaimana ? apa kita dah cukup sempurna nak bash bash orang ni ? kita mungkin dapat jaga ikhtilat kita dengan baik tapi aurat kita ? akhlak kita ? orang tak nampak aib kita sebab Allah jaga tapi jangan yakin sangat aib kita tak kan terbuka kalau kita sendiri tak jaga aib orang lain.

kehidupan setiap orang tak sama dan tak ada yang sama. Allah uji kita dengan apa yang kita lemah. kalau kita kuat dalam bab penjagaan aurat mungkin kita lemah dalam bab penjagaan ikhtilat dan Allah akan uji kita dalam ikhtilat nak tengok sejauh mana iman kita dan bgaimana kita atasinya. dengan cara mendiamkan sahaja maksiat itu berlaku atau pun dengan bertindak untuk mencegah. ada masa dan ketika iman kita kuat untuk mencegah tapi ada masa juga iman kita sangat lemah. dan masa tu juga lah kita teruji dengan kata-kata manusia. maka bersabarlah.

struggle kita untuk jadi orang beriman tak sama dengan struggle orang lain. sebab kita semua berbeza. sebab tu kita jangan terus ambush orang. sebab tu kita diajar menegur secara berhikmah. sebab tu kita perlu berfikiran terbuka dan jangan buruk sangka pada life orang lain. kita tak kenal dia. kita tak tahu hidup dia macam mana hatta kita kawan dia sekalipun kita tak kan tahu apa yang berselirat dalam fikiran dia dan apa yang bercelaru dalam hati dia. kita tak tahu. kita tak boleh terus melulu kata wehh kau ni blablabla... sedangkan kita tak hidup senafas dengan dia. apa yang boleh kita buat cuba dengar cerita dia, cuba dengan masalah dia dan tegur secara lembut. dan paling penting kalau dia kawan kita berdoalah yang baik-baik untuknya. 




satu kisah.

aku ternampak seorang lelaki ni yang aku kenal lama dah. aku tahu dia pernah belajar di pondok. ilmu pun banyak. tiba tiba aku nampak dia hisap rokok. masa tu sumpah aku kecewa namatey haha. mungkin orang cakap biasalah lelaki kan rokok tu benda biasa. ye aku tahu tu tapi aku tak expect dia pun merokok juga. betul lah kata orang, high expectation can hurt yourself. masa tu rasa nak maki je dia tapi fikir balik tak payah lah. sebab tu life dia. nanti kata aku ni busybody pulak.

then, aku ada tanya dekat kawan aku 

"kenapa dia merokok sehh? dia dah lah budak pondok ilmu banyak. dia tahu kan rokok tu haram dan mmg tak elok pun untuk orang pondok macam dia"

"kalau pak imam pun merokok inikan dia. lagi beriman seseorang tu lagi besar ujian dia"


dan dari situ lah aku tahu yang ujian orang beriman ni besar. makin beriman makin besar ujian. mungkin dia perfect dalam penjagaan aurat ikhtilat dan sebagainya tapi dia tak dapat lari dari ujian merokok tu. dan pada kita benda tu senang je nak stop tapi pada dia benda tu satu ujian yang besar dan sukar buatnya.





akhir kata, nak jadi orang yang beriman yang sebaik baik dan seelok elok beriman tidak mudah sebab syurga tu mahal nilainya. maka marilah kita sama sama usaha untuk memimpin tangan menuju syurga, jangan compare life orang lain dengan kita, jangan compare ujian orang lain dengan kita, jangan cari kesalahan hidup orang lain. tapi carilah kesalahan kita sendiri dan kenal pastilah ujian yang Allah beri pada kita supaya kita struggle untuk mencegahnya dan redha untuk menerimanya.




gadis kecil : maaf entry ni mungkin agak serius. moga dapat beri manfaat buat semua.

No comments:

Post a Comment