credit to google |
Bismillah .
Assalamualaikum .
Seringkali kita dengar kata-kata sebegini termasuk aku jugak seringkali mengatakannya ,
"aku busy lahh , takde masa nak tahjud nak dhuha . banyak keje nak kene buad nie haa"
"hm nak berubah bukan boleh paksa paksa nanti jadi tak ikhlas"
"kalau kene paksa nanti sekerat jalan dah patah balik"
"aku nak berubah , tapi aku takod"
"aku belum bersedia lahh . nanti lahh"
"kau tak faham situasi aku . kite berbeza"
dan pelbagai lagi alasan dan kata kata yang dilemparkan .
sampai bila nak terus berada di pulau "alasan" ? sampai bila nak nanti nanti ? sampai bila nak tangguh tangguh ? macam nie cara seorang muslim nak perjuangkan Islam ? tak malu dengan rakyat palestine tak kira tua atau muda bahkan kanak-kanak yg sepatutnya mereka bermain sahaja tnpa fikir pasal masalah tapi mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk perjuangkan Islam dengan ada kematian semua . kita ? yang berada di zon selesa masih tak berganjak hatta sedikit pown ? malunya ya Allah :/
tahu tak ? melengah-lengahkan , menangguh-nagguhkan sesuatu perkara yang baik adalah permainan syaitan ? so seronok lahh bermain dengan syaitan ? bila kita dah buad penangguhan maknanya syaitan menang dalam permainan . so seronok lahh kalah ? tepuk dada , tanya iman .
permulaan perubahan mula dari dalam . kalau kita jauh dari Allah macam mana kita nak dapat kekuatan dan kekentalan iman serta hati untuk melakukan perubahan selanjutnya ? bukan suruh naik roket terus terbang sampai ke angkasa . tidak . kerna jika naik roket kelak terhempas dan sukar untuk hidup kembali . tapi biarlah kita melompat ke satu tempat ke tempat yang lain secara berterusan agar iman kita sentiasa meningkat bukan hanya constant sahaja . dan bila kita melompat dan terjatuh kita masih boleh bangun semula dengan lebih baik .
bukan nanti-nanti , jangan tidak-tidak . kerana Allah tak pernah melengahkan diri untuk beri kita nikmat . cube fikir kalau Allah tangguhkan nikmat kita bernafas pada hari ini agak agak apa jadi pada kita ye ? :) dan dengan kita yang seringkali duduk di pulau alasan kau rasa kita alasan itu layak ke dinyatakan kepada Ilahi kelak ?
tepuk dada , tanya iman . bertindak bukan mengikut akal dan nafsu tanpa memikirkan iman kerna kelak kau binasa .
lastly, letak tangan korang pada bahu sendiri dan tepuk sambil berkata "sudah-sudahlah jadi hamba dunia . ayuh bangkit kejar akhirat pula !"
nota : anggap lah gambar pulau kat atas tuhh alasan kita semua yang akan merugikan kita kelak . besar kan alasan kita nak melakukan sesuatu perubahan . fikir :)
No comments:
Post a Comment