credit to google |
"Adam , apa kebahagiaan yang kau nak ?" Syafiq memandang Adam yang sedang membelek skatenya .
"Hm ? maksud kau apa ?" Adam menoleh ke arah Syafiq .
"Hm Adam , kau bahagia sekarang ?"
" Hee mestilah aku bahagia . aku ade ibu ayah ada adik adik yang sayang aku . aku ade duit ada kereta . dan yang paling penting aku ada kau . aku bahagia bila ada kau sebab kau selalu ambil berat pasal aku lepastu kau selalu membebel dan tegur aku bile aku buad salah . aku suka ada sahabat macam tu." terang Adam panjang lebar .
Syafiq tersenyum .
"Adam , jum cari bahagia !" kata Syafiq dengan penuh semangat .
Adam angkat kening . "Cari bahagia ? Kau nak cari girlfriend ke ? woii tak kan ustaz macam kau nak cari girlfriend kot . unbelieveable ! hahahaha"
"Woi !" Syafiq menumbuk bahu Adam. "Agak agak lah nak sindir aku pun . hish !" Syafiq geram.
"Haha okayy bro . sorry ! Hm maksud kau apa ?"
"Jum cari bahagia di mana kita suka buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang . Bahagia di mana kita melakukan perkara yang Allah redhai . Cari bahagia yang Allah pandang kita bagai ahli syurga." Terang Syafiq sambil memandang ke langit.
Adam melepaskan keluhan berat .
"Kau tak bahagia ke sekarang Fiq ? Kau ustaz kot . Kenapa ajak aku ?"
Syafiq senyum .
"Sebab kau sahabat fillah aku Adam . Aku sayang kau kerana Allah dan aku tak nak bahagia sorang sorang . Aku nak bawa kau pimpin tangan kau untuk cari bahagia sebenar . Aku nak kita sama sama menuju ke destinasi dengan kebahagian yang sungguh indah. Dan percayalah aku tak akan lepaskan tangan kau"
Mata Adam mula berair . Dia memandang tepat pada mata Syafiq lalu berkata
"janji dengan aku andai kata aku jatuh ke neraka , kau tarik aku sama masuk syurga okayy ?"
Syafiq senyum .
"In shaa Allah Adam . kita sama sama usaha okayy . aku sayang kau . ayuh , berpimpin tangan menuju ke syurga Allah !"
Adam memegang erat tangan Syafiq .
"Jum cari bahagia !"
End.
pesanan penaja : aku akan ulas maksud cerite ringkas ini pada entry seterusnya . dan aku bukan orang yang reti menulis cerpen or short story or whtsoever . ini first tyme . tetiba muncul idea gini . sebab tuh bahasa pown tak sedap haha maaf lah :)