Okay saya nak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Harap berjaya huhu.
Dulu kan kita selalu dengar orang cakap malah cikgu-cikgu kita pun ada cakap, anak kecil ini bagaikan kain putih. Suci. Masa kita kecil apa lah sangat kita tahu. Kita sangat suci. Terutamanya masa kita bayi lagi. Kalau sedara mara datang mestilah diaorang cakap comelnya, sucinya muka dan lain-lain. Bagaikan kain putih. Tiada siapa yang mencorakkannya atau yang mewarnakannya lagi. Memang putih seputihnya. Bersih dan suci.
Bila kita bayi dan masih kanak-kanak tidak banyak perkara yang kita lalui. Malah bila A yang disuruh maka A juga lah yang dibuat. Bila B yang dilarang maka B itu juga tidak akan dibuat. Kita mendapat didikan daripada keluarga untuk melakukan perkara yang baik-baik serta pendidikan di sekolah untuk mengetahui halal haram.
Proses tumbesaran manusia daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Setiap kali berlaku proses tumbesara tersebut maka setiap kali itulah kain putih yang sebelum ini putih tanpa corak dan warna telah hilang keputihannya.
Tambahan lagi, apabila meningkat dewasa kain putih yang sebelum ini menjadi putih telah bercorak dan bewarna dengan pelbagai warna atas pilihan kita. Setiap pilihan dan perbuatan yang kita buat itulah yang mewarnkan dan mencorakkan kain putih itu. Secantik manakah pilihan corak dan warna yang kita telah buat? Semua orang tahu fitrah manusia adalah suka kan kecantikan dan keindahan. Hati kita akan gembira apabila kita melihat benda yang cantik lagi indah.Jadinya, adakah cantik dan indah kain putih yang kita corakkan dan warnakan atas pilihan kita? Atau bertukar menjadi kain yang buruk dan hodoh atas pilihan corak dan warna yang kita lakukan?